Kesempatan bersama dengan YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang dalam majlis ceramah malam tadi di Kg Feri Kemasik; mengikuti perkembangan terkini isu domestik dan antarabangsa. Tok Guru akan berlepas ke luar negara dalam tempoh terdekat. Menghadiri persidangan Gerakan Islam, menerima jemputan di beberapa negara Timur Tengah dan di minta menjadi orang tengah konflik Asia Barat.
Sejak mengenali Tuan Guru pada tahun 1984, saya memang mengkagumi beliau. Bukan susuk tubuhnya, tapi ilmunya yang cukup mendalam. Dari zaman kaset, Video Tape hingga VCD, saya beli dan membuat ulangkaji. Koleksi buku2 karangan Tuan Guru mempunyai 'roh' yang menusuk ke kalbu.
Dulu, hampir setiap bulan saya menekuni kuliah pagi Jumaat yang disampaikan Tuan Guru di Masjid Rusila. Dari zaman ahli biasa PAS hingga bersama sebagai AJK Kerja PAS Pusat, saya dapat saksikan sendiri kehebatan tokoh yang bernama Abd Hadi Awang ini.
Keistimewaan yang amat jarang dimiliki oleh tokoh politik lain, Tuan Guru petah berpidato, mampu menulis dan menghasilkan ratusan buku2 ilmiah, konsisten menyampaikan ilmu di berbagai lapangan dan kini menjadi rujukkan tokoh2 dunia.
Sebulan tidak menatap wajahnya, saya pasti merinduinya. Teringat kata2 Dato' Husam Musa di Muktamar PAS yang lalu, ' sebagai anggota parti, saya ingin melihat, sebelum saya mati, suatu hari nanti, Tuan Guru Presiden PAS akan menjadi Perdana Menteri'!
Moga2 Tuan Guru terus sihat dan memberikan sumbangannya untuk negara Malaysia yang tercinta. Amin. - Mazlan Aliman

0 comments:
Post a Comment