Sunday, April 13, 2014
0
Saya dimaklumkan peristiwa Pak Hamid meninggal dunia ini dihujung mesyuarat PAS PUSAT tengahari tadi.

Maka saya mewakili PAS Johor mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Pak Hamid di atas pemergian arwah sewaktu menjalankan tugas dengan penuh semangat membantu anak2 muda Islam yang kehausan ilmu walaupun bukan ilmu agama. Namun sumbangannya itu sangat memberikan kesan kepada imej perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS melalui kecekapan, displin, ketertiban dan segala ilmu berkaitan Pasukan Beruniform yang menjadi kebanggaan PAS SELURUH MALAYSIA. Johor kehilangan seorang pejuang yang tidak pernah meminta-minta upah dalam menjalankan tugas kerana jamaah. Moga Allah ampunkan segala dosa dan kesalahannya serta menerima segala perbuatan baiknya sebagai ibadah yang diredhaiNya. 

Amin

YB Hj. Aminolhuda Hj Hassan
Pesuruhjaya PAS Johor

 
PJ PAS Johor 


0 comments:

Post a Comment